Posts

TRAINING COURSE ON PRODUCTION TECHNOLOGY & ECONOMIC PERSPECTIVE OF MUSHROOM

Image
Kursus Asean-Japan Mushroom telah berakhir.. Kursus ini berlangsung lebih kurang 2 minggu, bermula pada 21hb Mac 2010 bertempat di Oriental Crystal Hotel di Kajang Selangor dan bersambung di PLPP.TC bermula 28hb hingga 1hb April 2010. Kursus ini melibatkan 22 orang peserta dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Vietnam, Myanmar, Thailand, Cambodia, Philiphines, Laos, Indonesia dan Malaysia sendiri. Kursus ini diselaraskan bersama oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Putrajaya bersama dengan PLPP.TC. Cik Suuko Terayama wakil sekretariat dari Jepun turut hadir bersama. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis cendawan, teknik penanaman cendawan, pengurusan dan penyediaan benih dan sebagainya. Sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil... Lawatan ke Agrobio-future Sdn. Bhd. (cendawan Shiitake) (Lawatan ke Syarikat Jin Teik Organic Health Food Sdn. Bhd Lawatan ke Muzium Padi di G. Keriang Lawatan ke DXN , Jitra Gambar peserta-peserta A...

www.libplpptc.com

Kepada semua pembaca sekalian, laman web Pusat Sumber PLPP.TC telah pun boleh diakses. Anda boleh terus klik pada pautan di sebelah (column kanan). Semua buku baru, koleksi buku lama dan sebagainya boleh dilihat melalui laman web ini. Selamat melayari Laman Web Pusat Sumber PLPP.TC! Kewujudan laman web Pusat Sumber ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan PLPP sebagai 'one-stop centre' iaitu tempat rujukan maklumat oleh Pegawai-Pegawai di Jabatan Pertanian. Semoga matlamat ini dapat tercapai sepenuhnya!

LAWATAN KE PERLIS

Image
Hari ni kumpulan Projek Teknikal Cendawan sekali lagi pergi Kampung Kubang Malai, Tasik Melati (Perlis) untuk mengambil bongkah cendawan tiram putih(second-batch).Kami berjumpa dengan En. Zainal Abidin atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Cikgu Din. Beliau salah seorang pengusaha cendawan secara besar-besaran. Untuk second-batch ini, kami mengambil sebanyak 100 bongkah cendawan tiram putih untuk ditanam di PLPP.TC. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa lawatan ini. Isteri Cikgu Din sibuk mengambil bongkah cendawan tiram putih untuk kami Mesin penggaul media campuran 'Press machine' (mesin ketuk) ini ada 2 jenis iaitu 'Double bore press machine' harga RM 4300 dan 'Single bore press machine' berharga RM 3900. 'Double bore press machine' ini membolehkan 2 orang bekerja serentak manakala 'single bore press machine' untuk kegunaan seorang sahaja. Kegunaan mesin ini adalah untuk memadatkan campuran media semasa mengisi campu...

FOLLOWERS...

Kepada pembaca yang selalu access kepada blog ini, anda dialu-alukan untuk 'follow' saya. Hanya sign in di followers (column bawah). Tqvm..

Warga PLPP.TC berpoco-poco

Staff PLPP.TC dengan penuh semangat berpoco-poco. Tengok tu..sampai ada kat merata-rata tempat.. Pak Ya(instruktor) baju putih

NEW ARRIVAL!

Image
dan banyak lagi... sila datang ke Pusat Sumber PLPP.TC

KHUSUS KEPADA 'OUTSIDERS'...

Kepada semua yang tidak pernah menjejakkan kaki ke PLPP Telok Chengai Kedah, anda boleh cari lokasi kami dengan menggunakan aplikasi google maps di colum sebelah kanan. Cara untuk mencari lokasi kami: 1. Taip di search box Kedah, Malaysia 2. Klik kat more result 3.Taip di search box (sebelah perkataan google maps) :Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan enter 4. Kedudukan PLPP.TC bertentangan dengan bangunan Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Landmark lain: 1. Bersebelahan sekolah kebangsaan Telok Kechai 2. Bertentangan dengan 'Segarmart' Jadi, kepada yang tidak pernah datang ke PLPP.TC, saya harap info di atas dapat membantu...