Posts

KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PERTANIAN DAERAH DAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH

Image
Pada 17 hingga 19 Januari 2011, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah menganjurkan kursus pemantapan pegawai pertanian daerah dan penolong pegawai pertanian daerah. Kursus ini telah dihadiri seramai 22 orang pegawai. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran membuat keputusan di kalangan peserta kursus. Selain daripada itu, ia juga bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran peserta di dalam membuat perancangan bagi melaksanakan tugas masing-masing.

GOTONG-ROYONG MENGACAU BUBUR ASYURA

Image

PERPISAHAN DENGAN PELATIH RISDA

Image
Pada 17 Disember yang lepas, dua pelajar dai RISDA telah berjaya menamatkan latihan praktikal mereka di PLPP.TC setelah 5 minngu berada di sini..Semoga selepas ini, mereka akan sukses dalam pelajaran dan hidup!

LAWATAN KE PROJEK TEKNIKAL CENDAWAN

Image
Pengusaha projek cendawan: En. Mokhtar Kumpulan Projek Teknikal Cendawan pada hari ini telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke projek usahawan cendawan di kawasan Kubur Panjang, bertempat di daerah Pendang. Lawatan ini juga disertai oleh dua orang pelajar latihan industri dari RISDA.

TAKLIMAT PENGENDALIAN AVA

Image
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan latihan di PLPP.TC, seksyen ICT telah mengadakan satu taklimat mengenai cara-cara mengendalikan alat AVA. Taklimat ini diberikan kepada semua penyelaras kursus,penolong penyelaras kursus, penyelia asrama, pembantu perpustakaan dan juga bahagian pentadbiran. Objektif utama latihan ini diadakan adalah bagi memberi kemahiran kepada semua pegawai di PLPP.TC agar boleh mengendalikan peralatan AVA dengan baik.Taklimat ini telah berlangsung dengan jayanya!

LATIHAN SIMULASI KURSUS PENGEMBANGAN RACUN MAKHLUK PEROSAK

Image

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI RISDA

Image
Pihak PLPP.TC telah menerima kehadiran 2 orang pelajar latihan industri dari kolej RISDA yang akan berada di sini selama 5 minggu bermula pada 15 Nov sehingga 17 Dis 2010. Mereka adalah Siti Salwa bt. Mohd Shahidi dan Nur Allisa bt. Zakaria.