Read more: Tutorial...(Cara Buat Title Header Bergerak) Under Creative Commons License: Attribution

Thursday, April 29, 2010

KENANGAN BERSAMA PESERTA LATIHAN ATTACHMENT






NEW! PENGUMUMAN BATAL/TUNDA KURSUS

Kursus Batal:

1. Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah (2-6 Mei 2010)

Kursus Tunda:

1. Pengurusan Projek Tanah Terbiar
Tarikh asal : 9-13 Mei 2010
Tarikh tunda: 23 - 27 Mei 2010

2. Kursus Metodologi Pengembangan
Tarikh asal : 23 - 27 Mei 2010
Tarikh tunda : 12 - 16 Dis 2010

*SILA DOWNLOAD KALENDAR TERKINI (update 28 April 2010)

Wednesday, April 28, 2010

AKTIVITI TEAM-BUILDING


Pada hari yang sama juga, para peserta attachment telah diberi tugasan untuk mencari dan seterusnya membuat demonstrasi aktiviti team-building. Antara idea yang telah dipersembahkan adalah seperti permainan NAME GAME, KILLER, BLANKET GAME, TIRU MACAM SAYA dan ULAT BUNGKUS. Setiap idea/permainan yang dipersembahkan mempunyai 'moral value' tersendiri. Kebanyakannya amat sesuai untuk kegunaan sesi ice-breaking. Berikut beberapa gambar sepanjang aktiviti team-building:

Demo: Blanket Game

Demo: Ulat Bungkus
Demo: Killer game

Bergambar bersama peserta latihan attachment

PROGRAM PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS

Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai latihan attachment dalam bidang pengurusan dan pengacaraan majlis, mereka telah diberi taklimat ringkas tentang cara pengurusan dan pengacaraan majlis. Program yang dirangka khas untuk pegawai latihan attachment pada kali ini bertujuan untuk mendedahkan mereka mengenai salah satu peranan penting yang dipikul oleh pegawai di pusat latihan dalam mengendalikan kursus. Oleh itu, mereka telah diberi satu tugas untuk mengendalikan satu program yang memberi pendedahan tentang bagaimana sesuatu majlis penting diuruskan. Selain daripada mengendalikan program, mereka juga melakonkan beberapa watak di dalam aktiviti ini. Pegawai attachment yang terlibat program ini mengambil peranan masing-masing sebagai VIP, stage manager, pengacara majlis, AJK protokol, AJK teknikal, penyambut tetamu dan sebagainya. Aktiviti ini turut disertai oleh dua orang pelatih GEMS yang sedang menjalani praktikal di PLPP.TC. Semua pegawai yang terlibat telah memberikan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program ini. Syabas kepada semua pegawai dan pelatih! Walaupun baru kali pertama mencuba, tetapi mereka telah berusaha dan dapat memberikan yang terbaik..

Perbincangan antara stage manager dan AJK

Pegawai attachment sedang melakonkan watak sebagai VIP

Bertindak sebagai pengacara majlis

En Radzman dan En. Zahid menjadi juri untuk menilai tugasan yang diberi

Monday, April 26, 2010

Latihan Attachment (sambungan): Hands-on

AKTIVITI MENAPIS LARUTAN BAJA ORGANIK



Sunday, April 25, 2010

SAMBUNGAN LATIHAN ATTACHMENT PEGAWAI

Pegawai-pegawai yang terlibat dengan latihan attachment kali ini berpeluang menjalani latihan hands-on untuk penyediaan IMO 1 hingga IMO 5 serta penyediaan larutan baja organik. Berikut beberapa gambar aktiviti tersebut: Menimbang gula merah untuk dimasukkan ke dalam OHN
Persediaan memasukkan gula merah ke dalam OHN selepas 24 jam

Membuat baja organik seperti OHN (Kamchoo, Tongkui dan Kulit Kayu Manis)

Pegawai latihan attachment sedang mendengar taklimat mengenai sistem i-tims

Wednesday, April 21, 2010

NEW! PENGUMUMAN BATAL KURSUS

Makluman kepada semua!
Kursus Participatory Rural Appraisal (PRA) yang dijadualkan berlangsung minggu depan dibatalkan. Akan dilaksanakan di PLPP Wilayah Timur Besut pada bulan September 2010 nanti. Perubahan pada kalendar kursus (kemaskini terkini pada 21 April 2010) sila download di column 'download kalendar PLPP.TC 2010'.Harap maklum.

Tuesday, April 20, 2010

LATIHAN ATTACHMENT AO LANTIKAN BARU 2010

Pada 19hb April yang lalu, PLPP.TC menerima kehadiran 5 orang pegawai pertanian yang baru dilantik. Lima orang pegawai ini akan menghadiri latihan attachment di PLPP.TC selama 9 hari bermula pada 19hb April hingga 29hb April 2010. Tujuan latihan attachment ini adalah untuk mendedahkan kepada pegawai mengenai beberapa aktviti utama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia kerana selepas menghadiri latihan attachment di PLPP.TC, mereka akan ditempatkan di Pusat Latihan (PLPP) di seluruh Semenanjung Malaysia.

(Dari kiri: Richerd Wong Sin Ten-PLPPAH Johor, Rohani bt. Mohammad Isa-PSM Putrajaya, Nurulhuda bt. Abdul Jalil-PLPPAH Johor)



(Nurul Izza bt. Bukari -ILPP Serdang, Noaini Mamat-PLPP Besut)

AKTIVITI HANDS-ON -Mengisi tanah campuran ke dalam polibeg





KURSUS TEKNOLOGI PERLADANGAN ORGANIK




Wednesday, April 14, 2010

KURSUS PENGURUSAN REKOD LADANG




Pada masa ini Kursus Pengurusan Rekod Ladang sedang berlangsung dan akan berakhir pada hari esok. Kursus ini telah bermula pada 11 April yang lalu dan dihadiri oleh seramai 18 orang pegawai.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menguruskan perladangan dengan berasaskan entiti pertanian adalah perniagaan.

Friday, April 9, 2010

YOU CAN REACH THE TOP!

KEEP MOVING TO THE TOP! Learn from a leader as you create your own path of success..

Some quotes from some of the great people to encourage and inspire US TO EXCEL IN THE AREAS OF OUR LIFE...

'OUTSTANDING PEOPLE HAVE ONE THING IN COMMON: AN ABSOLUTE SENSE OF MISSION'

'THE SECRET OF GETTING AHEAD IS GETTING STARTED'

- Zig Ziglar- Life Principles From America's 1 Motivator

Thursday, April 8, 2010

KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN ANGGUR...


Kursus Teknologi Tanaman Anggur telah pun berakhir pada hari ini. Kursus ini diselaraskan oleh Cik Loh Seok Hua dan dibantu oleh En. Mohd Hafiz b. Mohd Khir. Seramai 35 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Tempat lawatan adalah di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik dan di Ladang Anggur Bukit Bintang, Perlis. 4 varieti anggur yang ditanam di Sik iaitu White Malaga, Loose Perlette, Black Opal dan Black Grape. Di Perlis pula terdapat 5 varieti anggur yang ditanam iaitu Black Opal, Black Queen, White Malaga, Loose Perlette dan IAC.

Black Opal (rasa agak masam berbanding White Malaga)

White Malaga

Jem dan Jus Anggur yang dikeluarkan oleh usahawan di Tasik Beris, Sik

Gambar peserta kursus

Monday, April 5, 2010

KEINDAHAN REGENCY HOTEL DI G. JERAI

Semasa berlangsungnya Kursus ASEAN-JAPAN MUSHROOM minggu lepas, kami berpeluang untuk menikmati pemandangan di kawasan The Regency, Jerai Hill Resort memandangkan kawasan penanaman cendawan Shiitake tidak jauh dari situ. Berikut adalah galeri gambar yang menarik di kawasan resort tersebut. ..



Cantik kan...

DOWNLOAD KALENDAR PLPP.TC 2010

Kepada semua pembaca, sekiranya ingin mendapatkan softcopy kalendar plpp.tc yang terkini (updated pada 17 MAC 2010) sila download di column sebelah kanan. Terima kasih..