TAKLIMAT MEMADAM API
Satu taklimat dan latihan demonstrasi memadam api telah diadakan pada pukul 5.15 petang tadi.Taklimat dan latihan demonstrasi ini dihadiri oleh warga PLPP.TC dan juga penghuni kuartes PLPP. Taklimat ini disampaikan oleh syarikat pembekal pemadam api yang terletak di Alor Star, Kedah.
Taklimat ini amat baik diadakan bagi memberi maklumat dan demonstrasi kepada warga PLPP dan penghuni kuarters tentang cara-cara untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran. Pengetahuan dan kemahiran mengenai pencegahan kebakaran ADALAH AMAT PENTING sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di persekitaran kita.
Pembekal pemadam api sedang memberi taklimat memadam api.
PERINGATAN PENTING:
- setiap orang perlu tahu mengguna alat pemadam supaya keadaan tidak menjadi panik apabila berlaku kebakaran sebenar
- orang ramai supaya mengawasi anak-anak mereka daripada membuat panggilan palsu terhadap bomba
- Sewaktu berhadapan dengan kebakaran, seseorang itu hendaklah dihadapi dengan tenang dan fokus kepada punca api
- menyediakan alat pemadam api pada setiap blok bangunan sebagai pencegahan awal sebelum kedatangan bomba
Comments