Read more: Tutorial...(Cara Buat Title Header Bergerak) Under Creative Commons License: Attribution

Monday, March 15, 2010

LAWATAN KE PROJEK CENDAWAN DI DAERAH KOTA STAR

Pada pukul 9 pagi tadi, kumpulan Projek Teknikal Cendawan telah melawat ke satu projek cendawan yang terletak di daerah Kota Star. Projek ini dimiliki oleh Hj. Abdul Rahman iaitu seorang usahawan projek cendawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Sebelum pergi ke lokasi projek tersebut, kami singgah di Pejabat Pertanian Daerah Kota Star untuk bertemu dengan Pn. Faezah yang merupakan Pembantu Pertanian yang menyelia projek Hj. Abdul Rahman. Pn. Faezah turut menyertai rombongan kami ke projek tersebut.
Banner di depan lokasi projek

Usahawan: Hj. Abdul Rahman

Menyiram menggunakan 'power sprayer' untuk mendapat semburan seakan-akan kabus

Hj. Abdul Rahman mengusahakan cendawan dari jenis tiram kelabu kerana ia senang ditanam dan selain permintaan yang tinggi. Semua aktiviti bermula dari suntikan benih cendawan sehingga ke peringkat menuai hasil dilakukan sendiri oleh Hj. Abdul Rahman. Benih dibeli dari Hadyaai dengan harga RM2.50 sebotol. Media adalah dari campuran dedak, habuk kayu dan kapur GML. Selain menjual cendawan, usahawan ini juga menjual bongkah cendawan dengan harga RM2.00 (termasuk kos pemantauan) untuk satu bongkah cendawan.

Hj. Abdul Rahman turut mengeluarkan produk iaitu serunding daripada cendawan yang dijual dengan harga RM5.00 untuk 120 gram. Produk ini boleh didapati di kedai HPA yang terletak di Alor Star. Pada masa ini, Hj. Abdul Rahman sedang menunggu mesin 'vacuum fry' yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian untuk menambahkan lagi produk yang dihasilkan daripada cendawan.


Lawatan kali ini banyak memberi maklumat kepada kami kerana selain daripada mengusahakan cendawan, usahawan ini juga menghasilkan vermikompos daripada cacing. Gambar di atas menunjukkan mesin yang dicipta sendiri oleh Hj. Abdul Rahman untuk mengasingkan cacing daripada baja kompos.

Bergambar kenangan dengan En. Abdul Rahman
Barisan depan: Pn. Jenefer (penulis blog a.k.a Ketua Projek Teknikal Cendawan), Hj. Abdul Rahman (Usahawan), En Ridzuan
Barisan belakang: Pn. Khamishah, Cik Atikah, En Hafiz, Cik Rahimah dan Pn. Faezah (AA Kota Star)

No comments: