PROGRAM PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS

Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai latihan attachment dalam bidang pengurusan dan pengacaraan majlis, mereka telah diberi taklimat ringkas tentang cara pengurusan dan pengacaraan majlis. Program yang dirangka khas untuk pegawai latihan attachment pada kali ini bertujuan untuk mendedahkan mereka mengenai salah satu peranan penting yang dipikul oleh pegawai di pusat latihan dalam mengendalikan kursus. Oleh itu, mereka telah diberi satu tugas untuk mengendalikan satu program yang memberi pendedahan tentang bagaimana sesuatu majlis penting diuruskan. Selain daripada mengendalikan program, mereka juga melakonkan beberapa watak di dalam aktiviti ini. Pegawai attachment yang terlibat program ini mengambil peranan masing-masing sebagai VIP, stage manager, pengacara majlis, AJK protokol, AJK teknikal, penyambut tetamu dan sebagainya. Aktiviti ini turut disertai oleh dua orang pelatih GEMS yang sedang menjalani praktikal di PLPP.TC. Semua pegawai yang terlibat telah memberikan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program ini. Syabas kepada semua pegawai dan pelatih! Walaupun baru kali pertama mencuba, tetapi mereka telah berusaha dan dapat memberikan yang terbaik..

Perbincangan antara stage manager dan AJK

Pegawai attachment sedang melakonkan watak sebagai VIP

Bertindak sebagai pengacara majlis

En Radzman dan En. Zahid menjadi juri untuk menilai tugasan yang diberi

Comments

Anonymous said…
aktiviti yang sangat bagus. memberi pendedahan baru kpd pegawai mengenai pengurusan sesuatu majlis. gabra juga walaupun berlakon jek... hihihi~

Popular posts from this blog

KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN ANGGUR...

KURSUS CCS PADI

BRAIN TEASER