Read more: Tutorial...(Cara Buat Title Header Bergerak) Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday, March 30, 2010

TRAINING COURSE ON PRODUCTION TECHNOLOGY & ECONOMIC PERSPECTIVE OF MUSHROOM

Kursus Asean-Japan Mushroom telah berakhir..

Kursus ini berlangsung lebih kurang 2 minggu, bermula pada 21hb Mac 2010 bertempat di Oriental Crystal Hotel di Kajang Selangor dan bersambung di PLPP.TC bermula 28hb hingga 1hb April 2010. Kursus ini melibatkan 22 orang peserta dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Vietnam, Myanmar, Thailand, Cambodia, Philiphines, Laos, Indonesia dan Malaysia sendiri. Kursus ini diselaraskan bersama oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Putrajaya bersama dengan PLPP.TC. Cik Suuko Terayama wakil sekretariat dari Jepun turut hadir bersama.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis cendawan, teknik penanaman cendawan, pengurusan dan penyediaan benih dan sebagainya.

Sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil...



Lawatan ke Agrobio-future Sdn. Bhd. (cendawan Shiitake)


(Lawatan ke Syarikat Jin Teik Organic Health Food Sdn. Bhd




Lawatan ke Muzium Padi di G. Keriang


Lawatan ke DXN , Jitra



Gambar peserta-peserta ASEAN

Tuesday, March 23, 2010

www.libplpptc.com

Kepada semua pembaca sekalian, laman web Pusat Sumber PLPP.TC telah pun boleh diakses. Anda boleh terus klik pada pautan di sebelah (column kanan). Semua buku baru, koleksi buku lama dan sebagainya boleh dilihat melalui laman web ini. Selamat melayari Laman Web Pusat Sumber PLPP.TC!

Kewujudan laman web Pusat Sumber ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan PLPP sebagai 'one-stop centre' iaitu tempat rujukan maklumat oleh Pegawai-Pegawai di Jabatan Pertanian. Semoga matlamat ini dapat tercapai sepenuhnya!

LAWATAN KE PERLIS

Hari ni kumpulan Projek Teknikal Cendawan sekali lagi pergi Kampung Kubang Malai, Tasik Melati (Perlis) untuk mengambil bongkah cendawan tiram putih(second-batch).Kami berjumpa dengan En. Zainal Abidin atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Cikgu Din. Beliau salah seorang pengusaha cendawan secara besar-besaran. Untuk second-batch ini, kami mengambil sebanyak 100 bongkah cendawan tiram putih untuk ditanam di PLPP.TC. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa lawatan ini.

Isteri Cikgu Din sibuk mengambil bongkah cendawan tiram putih untuk kami


Mesin penggaul media campuran


'Press machine' (mesin ketuk) ini ada 2 jenis iaitu 'Double bore press machine' harga RM 4300 dan 'Single bore press machine' berharga RM 3900. 'Double bore press machine' ini membolehkan 2 orang bekerja serentak manakala 'single bore press machine' untuk kegunaan seorang sahaja. Kegunaan mesin ini adalah untuk memadatkan campuran media semasa mengisi campuran media ke dalam beg cendawan.

'Double bore press machine' (sebelah-menyebelah). Kalau 'Single bore press machine' ada satu saja alat pengetuk tu..


Bergambar bersama Cikgu Din dan isteri (baju kemeja putih)

Monday, March 22, 2010

FOLLOWERS...

Kepada pembaca yang selalu access kepada blog ini, anda dialu-alukan untuk 'follow' saya. Hanya sign in di followers (column bawah). Tqvm..

Warga PLPP.TC berpoco-poco

video
Staff PLPP.TC dengan penuh semangat berpoco-poco. Tengok tu..sampai ada kat merata-rata tempat.. Pak Ya(instruktor) baju putih
video

Sunday, March 21, 2010

NEW ARRIVAL!




dan banyak lagi... sila datang ke Pusat Sumber PLPP.TC

KHUSUS KEPADA 'OUTSIDERS'...

Kepada semua yang tidak pernah menjejakkan kaki ke PLPP Telok Chengai Kedah, anda boleh cari lokasi kami dengan menggunakan aplikasi google maps di colum sebelah kanan. Cara untuk mencari lokasi kami:

1. Taip di search box Kedah, Malaysia
2. Klik kat more result
3.Taip di search box (sebelah perkataan google maps) :Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan enter
4. Kedudukan PLPP.TC bertentangan dengan bangunan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Landmark lain:
1. Bersebelahan sekolah kebangsaan Telok Kechai
2. Bertentangan dengan 'Segarmart'

Jadi, kepada yang tidak pernah datang ke PLPP.TC, saya harap info di atas dapat membantu...

Friday, March 19, 2010

MUTIARA KATA

"YOU can get the best out of others, when you give the BEST of YOURSELF"

(Harvey Firestone)

Tuesday, March 16, 2010

TAKLIMAT MEMADAM API

Satu taklimat dan latihan demonstrasi memadam api telah diadakan pada pukul 5.15 petang tadi.Taklimat dan latihan demonstrasi ini dihadiri oleh warga PLPP.TC dan juga penghuni kuartes PLPP. Taklimat ini disampaikan oleh syarikat pembekal pemadam api yang terletak di Alor Star, Kedah.

Taklimat ini amat baik diadakan bagi memberi maklumat dan demonstrasi kepada warga PLPP dan penghuni kuarters tentang cara-cara untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran. Pengetahuan dan kemahiran mengenai pencegahan kebakaran ADALAH AMAT PENTING sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di persekitaran kita.





Pembekal pemadam api sedang memberi taklimat memadam api.

PERINGATAN PENTING:
  1. setiap orang perlu tahu mengguna alat pemadam supaya keadaan tidak menjadi panik apabila berlaku kebakaran sebenar
  2. orang ramai supaya mengawasi anak-anak mereka daripada membuat panggilan palsu terhadap bomba
  3. Sewaktu berhadapan dengan kebakaran, seseorang itu hendaklah dihadapi dengan tenang dan fokus kepada punca api
  4. menyediakan alat pemadam api pada setiap blok bangunan sebagai pencegahan awal sebelum kedatangan bomba

Kursus Pengembangan Racun Makhluk Perosak DITUNDA!

Oleh kerana kekurangan peserta yang memohon untuk mengikuti kursus ini, kursus ini terpaksa ditunda ke tarikh 21 - 25 November 2010. Kepada para peserta yang telah memohon untuk kursus ini pada bulan MAC, nama tuan/puan akan dibawa ke bulan November. Harap maklum

Monday, March 15, 2010

LAWATAN KE PROJEK CENDAWAN DI DAERAH KOTA STAR

Pada pukul 9 pagi tadi, kumpulan Projek Teknikal Cendawan telah melawat ke satu projek cendawan yang terletak di daerah Kota Star. Projek ini dimiliki oleh Hj. Abdul Rahman iaitu seorang usahawan projek cendawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Sebelum pergi ke lokasi projek tersebut, kami singgah di Pejabat Pertanian Daerah Kota Star untuk bertemu dengan Pn. Faezah yang merupakan Pembantu Pertanian yang menyelia projek Hj. Abdul Rahman. Pn. Faezah turut menyertai rombongan kami ke projek tersebut.
Banner di depan lokasi projek

Usahawan: Hj. Abdul Rahman

Menyiram menggunakan 'power sprayer' untuk mendapat semburan seakan-akan kabus

Hj. Abdul Rahman mengusahakan cendawan dari jenis tiram kelabu kerana ia senang ditanam dan selain permintaan yang tinggi. Semua aktiviti bermula dari suntikan benih cendawan sehingga ke peringkat menuai hasil dilakukan sendiri oleh Hj. Abdul Rahman. Benih dibeli dari Hadyaai dengan harga RM2.50 sebotol. Media adalah dari campuran dedak, habuk kayu dan kapur GML. Selain menjual cendawan, usahawan ini juga menjual bongkah cendawan dengan harga RM2.00 (termasuk kos pemantauan) untuk satu bongkah cendawan.

Hj. Abdul Rahman turut mengeluarkan produk iaitu serunding daripada cendawan yang dijual dengan harga RM5.00 untuk 120 gram. Produk ini boleh didapati di kedai HPA yang terletak di Alor Star. Pada masa ini, Hj. Abdul Rahman sedang menunggu mesin 'vacuum fry' yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian untuk menambahkan lagi produk yang dihasilkan daripada cendawan.


Lawatan kali ini banyak memberi maklumat kepada kami kerana selain daripada mengusahakan cendawan, usahawan ini juga menghasilkan vermikompos daripada cacing. Gambar di atas menunjukkan mesin yang dicipta sendiri oleh Hj. Abdul Rahman untuk mengasingkan cacing daripada baja kompos.

Bergambar kenangan dengan En. Abdul Rahman
Barisan depan: Pn. Jenefer (penulis blog a.k.a Ketua Projek Teknikal Cendawan), Hj. Abdul Rahman (Usahawan), En Ridzuan
Barisan belakang: Pn. Khamishah, Cik Atikah, En Hafiz, Cik Rahimah dan Pn. Faezah (AA Kota Star)

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH CENDAWAN

Pada 14 Mac yang lepas, kumpulan Projek Teknikal Cendawan telah mengambil inisiatif untuk bergotong-royong membersihkan rumah cendawan. Aktviti ini juga disertai oleh dua orang pelatih GEMS yang praktikal di PLPP.TC. Hasil cendawan yang telah di'harvest' pada hari tersebut adalah sebanyak 1kg. Kami mengikis sedikit pada permukaan media yang kering untuk menggalakkan lagi proses pertumbuhan cendawan. Selain itu, kami menggunting sedikit plastik yang menutupi permukaan media kerana luas permukaan yang kecil akan menghalang pertumbuhan cendawan. Kami juga bergotong-royong memasang atap nipah di rumah cendawan. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan di dalam rumah cendawan.
En. Hafiz dan En. Ridzuan bekerjasama memasang atap nipah di rumah cendawan

Cendawan yang telah diharvest 

Pn. Khamishah sedang sibuk menggunting plastik yang menutupi permukaan cendawan

Cik Rahimah dan Cik Atikah (pelatih GEMS) turut membantu

Hasil cendawan yang seberat 1kg


SENAMAN KECERGASAN SETIAP HARI AHAD

Setiap kali menjelang hari Ahad, seluruh warga PLPP.TC akan menyertai aktiviti kecergasan iaitu senaman. Senaman yang dilakukan termasuk taichi, aerobik, poco-poco dan sedikit tarian. Aktiviti ini dilakukan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.00 pagi. Aktiviti senaman ini dikendalikan oleh seorang instruktur yang lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Ya'.


Instruktur Senaman : Pak Ya

 Warga PLPP.TC sedang bersenam...

Tuesday, March 9, 2010

Kursus Teknologi Nenas

Gambar peserta kursus Teknologi Nenas

Kursus ini berlangsung pada 7 - 11 Mac dengan dihadiri seramai 19 orang pegawai Jabatan Pertanian. Kursus ini juga dihadiri oleh 2 orang pelatih GEMS yang praktikal di PLPP.TC iaitu Cik Azimah dan Cik Atikah. (Hujung sebelah kiri)

Hari lahir staff PLPP (FEBRUARI)

Pada bulan Februari yang lepas, PLPP.TC telah membuat satu majlis sambutan harijadi dimana 4 orang staff PLPP.TC lahir pada bulan yang sama. Mereka ialah Pn. Jenefer, Pn. Aslyna, En. Zahid dan Pn. Khamishah.
potong kek hari lahir!

staff plpp menjamu selera..

Monday, March 8, 2010

PENGUMUMAN KURSUS (MAC-APRIL 2010)

MAC
1 - 4 Mac 
Teknologi Jagung (Penyelaras: En Radzman)
7 - 11 Mac
Teknologi Tanaman Nenas ((Penyelaras: En Radzman)
14 - 18 Mac
Bengkel Semak Buku IPSM (Penyelaras: Ms Loh)* Bengkel Institut
21 - 25 Mac
Pengembangan Racun Makhluk Perosak (Penyelaras: Pn Aslynawati)
28 Mac - 1 Apr
ASEAN-JAPAN mushroom training course(Penyelaras: Pn Jenefer) *Bhgn Kualiti, Putrajaya
                  
APRIL
4 - 8 April
Teknologi Anggur ((Penyelaras: Ms Loh)
11- 15 Apr
Pengurusan Ladang Lanjutan (Penyelaras: Pn Aslynawati)
18 - 22 Apr
Perladangan Organik (Penyelaras: Pn Aslynawati)
25 - 29 Apr 
Participatory Rural Appraisal (Penyelaras: Pn Jenefer)

SUCCESS WITHOUT STRESS!

Tahukan anda bahawa aromaterapi secara penghiduan dapat mengurangkan stres?
Banyak pati tumbuhan didapati boleh membantu menenangkan dan merelakskan fikiran dan perasaan.Aromaterapi adalah mudah dilakukan. Berikut adalah fungsi pati aroma yang boleh membantu dalam mengatasi stres

  1. Lavendar - merelakskan dan melegakan stres
  2. Rosemary - merangsang dan menajamkan minda
  3. Geranium - mengurangkan stres
  4. Chamomile- mengurangkan stres
  5. Clary saga - berkesan dalam relaksasi
  6. Sandalwood - baik untuk insomnia dan depresi
  7. Juniper Berry - berguna bagi mengurangkan kerunsingan dan kemarahan
  8. Sweet Marjoram - berkesan dalam mengurangkan kerunsingan

Laman Web Pusat Sumber PLPP.TC

PLPP Telok Chengai telah mempunyai laman web pusat sumber yang lengkap dengan sistem pangkalan data buku. Objektif utama kewujudan laman web ini adalah bagi memudahkan pegawai Jabatan Pertanian mendapatkan maklumat berkenaan buku-buku terbaru (new arrival), buku-buku berkaitan pertanian dan koleksi-koleksi buku yang ada di PLPP.TC. Pada masa sekarang, pengkatalogan buku sedang dibuat. Laman web ini akan dapat digunakan sepenuhnya setelah semua buku selesai dimasukkan ke dalam pangkalan data.Penggunaan sepenuhnya web pusat sumber ini akan diumumkan kemudian.

Sunday, March 7, 2010

Kursus Teknologi Jagung



Pada 2hb – 4hb Mac 2010 yang lepas, satu kursus Teknologi Jagung telah berlangsung di PLPP.TC. Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang pegawai Jabatan Pertanian.Penyelaras kepada kursus ini ialah En. Radzman Fariq Rohan dan dibantu oleh En. Zahid A. Bakar.

Friday, March 5, 2010

PROJEK TEKNIKAL - CENDAWAN


   cendawan plpp.tc


Pada tahun 2010, kumpulan projek teknikal cendawan telah bertukar dari segi keanggotaan. Kumpulan ini diketuai oleh Pn. Jenefer dengan 3 orang pegawai teknikal yang lain iaitu Pn. Khamishah, En. Mohd Ridzuan dan En. Hafiz. Pada 28 Februari yang lepas, kumpulan projek teknikal cendawan telah pergi ke Perlis untuk mengambil 200 bongkah cendawan yang akan ditanam di PLPP.Sehingga ke hari ini, 4 kali penuaian telah dilakukan dan hasil tuaian dijual kepada staff PLPP sendiri. 250gram dijual dengan harga RM1.00.

"Newborn" blog plpptc


Pada tahun ini PLPP. TC telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu blog dimana objektif utamanya adalah untuk memberi dan berkongsi maklumat dengan semua pembaca tentang akitiviti semasa yang berlaku di PLPP Wilayah Utara.